Pages

Thursday, 21 February 2013

AMAR ASYRAF….. OH, TERKELIRU DIRIKU


Assalamualaikum…
Salam sejahtera…

Amboi tajuk… bikin jeles suamiku gitu… hikhik
Tak la… beliau amat mengetahui siapa isterinya…
I is tak pernah ok fanatic mana2 artis… dulu zaman remaja hingusan lain la kan.
Tapi, beliau tu yg minat kat brader Amar Asyraf ni tau.. sebab beliau tergilakan Setia Hujung Nyawa..

Ok, berbalik pada tajuk tu…
Ini serius!!!!
I is keliru okeyhhh…
Camni, korang tau kan si Amar Asyraf tuh mula2 muncul dalam cerita kat Astro “DALAM HATI ADA TAMAN”
Yang heroinnya dak Elfira Loi tu kan..
Masa tengok brader rambut kerinting, cakap pon straight je kan..
I is “what the what???” brader ni.. cam budak lepas SPM je kan…
Tapi layankan je, sebab ada Elfira Loi kan… akak minat adik tau… hahaha
Minat kat dak El ni sampai tengok Fear Factor Selebriti Malaysia tu part El n Ajak je. Hihi
Couple ni terror kot… ya la, El ni lasak n kecik comey je… Ajak plak kan mantan Navy… memang gagah perkasa la kan…

Ok dah melalut…
Sejujurnya, masa tengok cite “DHAT” tu, I is tak kenal pon sapa nama sebenar brader rambut kerinting itu…
So, layankan aje la kan…
Tak lama lepas tu, fenomena “SETIA HUJUNG NYAWA” pulak…
Mula2 I memang tak tengok pon…
Sampai la episode brapa ntah, masa tu husband ada kat rumah…
Minggu pertama start “SHN” tu husband go sailing…. So I pon xtengok… layan chanel AXN je…
Bila ada husband kat rumah kena temankan beliau menonton “SHN” ni…
Baru la kenal hero tu namanya AMAR ASYRAf..
Ok la.. muka boleh tahan…
Tapi I tak minat sangat jalan cerita dia, sebab sangat bertentangan dgn prinsip I dalam berumah tangga..
I is penat membebel okeyhhh masa tengok cite tu….

So sekarang ni apa kaitannya cerita I ni dengan kekeliruan yang sedang melanda diriku????
Nak habaq mai kat hampa semua….
CEK BARU TAU YANG MAMAT RAMBUT KERINTING MACAM BUDAK LEPAS SPM DALAM CITE “DHAT” & HERO “SHN” ADALAH MANUSIA YANG SAMA
Ohhhh mengapakah itu terjadi????
Sedangkan I is the follower Instagram Amar Asyraf okeyhh..
Patut la dalam satu gambar dia tu dia cakap rindu rambut lama dia…
Hari ni baru sedar….

Amar Asyraf versi SETIA HUJUNG NYAWA (sumber: Google Image)


Amar Asyraf versi DALAM HATI ADA TAMAN (sumber: Google Image)


Nak tau camna bleh tersedar??????
Lepas tengok cite “JANJI KITA” kat TV9 tadi…
Hahahahahahahahaha..
Sedih diri mak incik ni….
Bingai je rasa….


p/s: tajuk blog takdak kaitan na dengan tajuk telemovie kat TV9 tu…. Idea datang secara kebetulan sahaja untuk menamakan blog ni “JANJI KITA”, janji I dengan husband I…. hihihi

Wednesday, 20 February 2013

JUJUR... AKU BUNTU

Assalamualaikum....

Salam sejahtera.....
Tak tau nak mulakan dari mana... rasa serba salah yang menebal...
Takut... malu... bimbang..
andaikata ada yang membaca entry wani ni... jangan salah sangka ya..
ini bukan cerita perihal rumah tangga, jauh sekali masalah hubungan suami isteri..

kami masih dalam MOOD PENGANTIN BARU lagi... 
bahagiaaaa, bahagiaaa (ala-ala Najwa Latiff) hehehe.

kalau ada yang baca post wani yang sebelum ni, menjurus ke arah 'bisnes' kan...
sebenarnya.... ok, it's a confession...
wani masih lagi menimbang-nimbang untuk joint 'bisnes' ni. 
belum lagi 'officially a bussines woman'.
baru nak belajar, masih mencari arah tuju.

dalam hati, memang wani sangat-sangat percaya akan kejituan dan keutuhan 'Green Leader Group'
sikit pon tak ada keraguan.
tapi ya lah, sebagai seorang manusia biasa, manusia yang kerdil
takut itu ada, malu itu wujud, bimbang itu menggunung.
tak tau lah ada tak orang lain yang berperasaan macam wani.
atau wani sorang ja yang PENGECUT????
TAK DAK KEYAKINAN DIRI????
atau, ni sekadar ALASAN????
BUNTU!!!!!

Memang, memang, memang sebab MODAL. langsung wani tak nafikan.
sekarang memang kehidupan wani bergantung pada suami sepenuhnya.
wani penganggur. 'freshly grad' dari IPG. kami belum dapat POSTING.
'I have nothing' kecuali 
ALLAH
RASULULLAH
&
SUAMIKU...

mungkin akan ada yang kata, "aaahhh, alasan ja tu, kalau nak berjaya xboleh ada alasan"
YES!!! betul, memang betul...
tapi, sudikah orang yang berkata tu masuk dalam kehidupan wani???
mungkin tak, tak dan tak...
"RINGAN mata memandang, tak setanding BERAT bahu yang memikul"

apa-apa pun... wani kena banyak berdoa..
mintak Allah tunjukkan jalan yang harus dipilih...
ada banyak jalan untuk berjaya...
ya betul, 'bisnes' ni salah satunya...
juga... beribu jalan yang lain...
RESTU SUAMI yang utama...
kerana diri ini ISTERINYA YANG SATU...





HARAP ADA YANG MEMAHAMI....
BERI RUANG WANI BERFIKIR....
INSYAALLAH... ADA JALAN.....


Tuesday, 19 February 2013

PIL MAHARANI... TEMAN BAIK WANITA

Assalamualaikum...

Salam sejahtera....
Apa khabar semuaaaa????

Ok, hari ni wani nak cerita pasal satu produk herba yg best. nak tau kenapa best???

PIL MAHARANI

Mai kita tengok apa fungsi Pil Maharani ni :
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur dan masalah ketidaksesuaian semasa tempoh haid, menyembuhkan senggugut.
  • Menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain)
  • Rawatan herba (naturally) yang mengalakkan kesuburan wanita
  • Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan, meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
  • Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
  • Merupakan ubat gantian untuk jamu-jamu, ubat periuk semasa berpantang, menyuburkan badan selepas bersalin, mengecutkan rahim dengan cepat
  • Kepada yang belum berkahwin sangat digalakkan untuk kulit yang cantik, kelancaran haid, sentiasa bertenaga, meningkatkan metabolisma dengan kelancaran darah keseluruh badan dan lain-lain
  • Merupakan 'ubat seks' untuk wanita, kenikmatan luar biasa kepada kedua belah pihak (menghasilkan daya kemutan yang sangat dahsyat, sehingga suami boleh teringat-ingat sang isteri)
  • Bagi wanita yang hampir monopous, ia menguatkan tulang, menguatkan daya tahan dari penyakit
 Sesiapa yang sudah memiliki Premium Beautiful, amatlah digalakkan mengamalkannya. 
Kombinasinya sangatlah berkesan luaran dan dalaman.
 Pil Maharani Produk berkualiti tinggi sehingga mencapai jualan RM 2.7 billion setahun. 
(Beijing TongRenTang Te Zhi Bai Wan)

Mai kita tengok apa pulak kandungan Pil Maharani ni sampai berkhasiat sangat kan :
  • Menggabungkan 16 jenis ramuan bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utamanya.
  • Produk keluaran Beijing TongRenTang - TongRenTang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun.
  • Merupakan pembekal tunggal ubat-uabatan kepada kerabat Maharaja semasa Dinasti Qing
  • TongRenTang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai "Produk Terkenal di China" pada tahun 1994.
  • Diiktiraf sebagai "Spesis Ubat Herba yang Terpelihara" pada tahun 1998
  • Mendapat pengiktirafan Halal oleh Pertubuhan IFANCA (China Islamic Association, Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
 RUPA BENTUK DAN KANDUNGAN PIL MAHARANI
Mai nak bagitau cara pengambilan yang disyorkan :
Disyorkan - 1/2 bola (25 biji pil) setiap hari sebelum makan atau sebelum tidur (semasa ketiadaan haid)

Cara pengambilan yang WAJIB dipatuhi :

1 bola kuning (50 pil hitam kecil) sekali sehari. Mula ambil selepas hari terakhir peredaran haid dan berterusan selama 6 hari. Kemudian berhenti sementara sehingga selepas kedatangan haid pada bulan depan dan makan mengikut cara yang sama.


Nota :
Jika anda rasa badan panas (sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat) selepas makan, anda boleh guna satu cara alternatif yang berikut :


a) Makan separuh biji bola kuning (=25 pil hitam kecil) sekali

b) Minum air garam/ beralkali waktu makan

c) Minum lebih banyak air


Perhatian: 

Elakkan makanan yang bersifat 'sejuk' seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein semasa mengambil Pil herba Maharani. Sewaktu makan asid folik, atau ubat subur yang lain, anda juga boleh makan Herba Maharani. Akan tetapi, dinasihatkan anda makan makana kesihatan atau supplement ini pada selang masa sekurang-kurangnya 4 jam. Contohnya, selepas makan asid folik, anda boleh makan Maharani selepas 4 jam. 

Saturday, 9 February 2013

9th Feb 2013.. My 1st Blogpost Ever

Assalamualaikum..

Salam Sejahtera..

Salam 1 Malaysia

Skema lak kan introduction kat atas tu kan. hihi. Tak tau nak cakap, excited ka apa, tapi bak kata orang Kedah "CEWI". hahaha. Ya la,  baru nak belajar buat blog kan. Walaupun, sebelum ni Wani pernah la cuba-cuba buat blog personal, tapi terbiar usang ja. Tak rajin nak update.

Blog kali ni lain sikit, atas dorongan dan bimbingan daripada seseorang yang sangat bersemangat waja dan sudi memberi tunjuk ajar kepada wani untuk mengubah hidup ke arah yang lebih positif, makanya lahirlah blog Wani Raduan ni.

Semoga lembaran baru ini mampu menyemarakkan semangat Wani untuk rajin update blog ni. Kenapa???? haaaa, sebab blog ni bakal tolong Wani untuk jadi macam sumber inspirasi Wani iaitu DSM Efah Mustaffa. Kalau Efah boleh berjaya macam sekarang, takkan Wani tak boleh kan?? 

Wani harap sangat Wani mampu bantu keluarga, terutamanya suami tercinta bermula dengan kelahiran blog ni.