Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Salam 1 Malaysia
Skema lak kan introduction kat atas tu kan. hihi. Tak tau nak cakap, excited ka apa, tapi bak kata orang Kedah "CEWI". hahaha. Ya la, baru nak belajar buat blog kan. Walaupun, sebelum ni Wani pernah la cuba-cuba buat blog personal, tapi terbiar usang ja. Tak rajin nak update.
Blog kali ni lain sikit, atas dorongan dan bimbingan daripada seseorang yang sangat bersemangat waja dan sudi memberi tunjuk ajar kepada wani untuk mengubah hidup ke arah yang lebih positif, makanya lahirlah blog Wani Raduan ni.
Semoga lembaran baru ini mampu menyemarakkan semangat Wani untuk rajin update blog ni. Kenapa???? haaaa, sebab blog ni bakal tolong Wani untuk jadi macam sumber inspirasi Wani iaitu DSM Efah Mustaffa. Kalau Efah boleh berjaya macam sekarang, takkan Wani tak boleh kan??
Wani harap sangat Wani mampu bantu keluarga, terutamanya suami tercinta bermula dengan kelahiran blog ni.
DREAMS DON'T WORK UNLESS YOU DO
No comments:
Post a Comment